Total Pageviews

Friday 5 August 2011

Ringkasan Pembelajaran Kelas ICT 25 Julai 2011

  Sesi pembelajaran hari ini menggunakan Micrsoft Word. Puan Zakiah mengajar kami pelbagai teknik menggunakan Microsoft Word. Apa yang dipelajari hari ini ialah cara membuat resume, memasukkan data dan membuat graf / pie chart, membuat cover page untuk assignment serta menggunakan smart art.

Refleksi
        Saya sangat jarang untuk menggunakan microsoft word 2007 ini. Pn. Zakiah telah mengajar saya tentang penggunaan smart art sangat membuat diri saya teruja untuk mempelajari segala ilmu-ilmu Teknologi Maklumat dan Komunikasi bahawa pada pendapat saya ianya adalah satu keperluan...sekian...

RESUME




Nama
Shafil Bin Salam
Umur
18 tahun
No. KP
930729-12-5715
Tarikh Lahir
29-07-1993
Tempat Lahir
Hospital Beaufort, Sabah
Alamat Rumah
Kg. Tempurong 89747 Kuala Penyu, Sabah
No.Telefon
019-8312296
Alamat Emel
Sheffield.salam@gmail.com
Pelajaran
SK Tempurong (2000-2004)
SK.ST. Peter Bundu (2005)
SMK Kuala Penyu (2006)
SM Sains Sabah (2006-2010)


Ringkasan Pembelajaran Kelas ICT 18 Julai 2011

 Kuliah pada hari ini dimulakan dengan satu quiz kecil TMK selama 10 minit. Selepas itu, kuliah dimulakan dengan  aktiviti pengurusan fail-fail ataupun “folder” dalam komputer kita. 
         Pn. Khalijah telah mengajar kami untuk mengurus maklumat-maklumat untuk disimpan didalam 'folder'. Langkah-langkah untuk membuat sebuah folder ialah :
i)             right click
ii)            klick “New folder”
iii)           nama folder dapat diubah dengan “right click” then “ Rename folder”
           
          Biasanya fail-fail baru akan disimpan dalam My Document dan selalu menyebabkan kita tidak dapat mencari fail yang diperlukan kerana lupa di mana fail tersebut di simpan.Oleh itu Pn Zakiah memberi tunjuk ajar supaya menyimpan folder kami di Desktop untuk kerja pencarian folder tersebut.
     
    i.)    Microsoft word document
        2007 ke bawah -   .doc/ dot.
                   ke atas    -    .docx

   ii.)   Movie, video, music
          .gif /.jpg/ .jpeg/.bmp

  iii.)  MP3
         .au / .wav

  iv.)  Powerpoint
        2007 - .ppt
        2003  - .xls

   v.)  Movie
         .mov/ .mpeg/ .avi

 
 REFLEKSI:
Kuiz pada hari ini sangat berguna bagi saya kerana sebelum kuiz ini dijalankan, saya telah membuat persedian dengan membaca semua nota hasil pembelajaran kelas TMK. Dengan itu, saya dapat mengingat dan mengetahui pekara mengenai komputer. Pn. Zakiah telah mengajar tentang mencari semula dokumen-dokumen yang entah kemana telah hilang dengan masa yang singkat.
 

Sunday 17 July 2011

Virus computer

Virus Apa Itu Virus Komputer
Virus merupakan sebuah aturcara berparasit yang ditulis dengan tujuan untuk memasuki
komputer tanpa pengetahuan atau kebenaran penggunanya.Ia digunakan kerana virus akan bercantum kepada fail atau sektor boot dan menggandakan dirinya untuk merebakkan jangkitannya. McAfee mendefinisikan virus sebagai sebuah perisian aturcara yang bercantum dengan aturcara lain dalam memori komputer atau cakera dan merebak daripada satu aturcara kepada aturcara yang lain.

Jenis-Jenis Virus Biasa
BOOT SECTOR - Menduduki sebahagian daripada bahagian cakera keras atau disket pada bahagian rekod boot utama(MBR).Ia akan mendiamkan dirinya ssehingga ia dihidupkan oleh aturcara tersebut.

PARTITION TABLE - Ia menyerupai virus boot sector tetapi ia menyerang "partition table" cakera keras(ruang simpan maklumat bagaimana cakera keras dicapai) dengan menggerakkan ia ke sektor yang baru dan menggantikan sektor yang ada dengan kod yang dijangkiti virus. Virus akan disebarkan daripada partition table ke boot sector disket jika disket digunakan.

FILE VIRUS - Virus jenis ini adalah virus yang biasa didapati pafa fail-fail. Virus ini akan mencantumkan dirinya kepada fail .exe dan ia akan menghalang fail itu daripada berfungsi. Ia juga mampu mengubahsuai dan merosakkan fail itu bagi memudahkan ia disebarkan sebelum ia dikesan. Antara jenis virus yang dimuatkan dalam kategori ini ialah virus polimorfik(sering berubah) dan virus stealth(tidak meninggalkan kesan).

MULTIPARTITE VIRUS - Ia mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus boot sector dan virus fail. Ia bercantum kepada fail dan mengubahsuai MBR cakera keras. Ia memerlukan pengkodan yang kompleks.Virus jenis ini jarang didapati tetapi ia mampu melakukan tindakan yang menghancurkan

MACRO VIRUS - Virus jenis ini masih baru dan yang pertama muncul pada Julai 1995 di dalam MS WORD.Secara tidak langsung semua fail yang menggunakan aplikasi Word,Excel dan aplikasi lain yang menggunakan makro. Ia boleh menghasilkan jaringan arahan didalam sebuah fail yang menjalakan arahan setiap kali sesuatu kombinasi kekunci itu ditekan.Terdapat juga virus makro yang merosakkan dan memusnahkan fail lain.

TROJAN HORSE - Virus ini tidak mereplikasikan dirinya dengan itu ia sering dianggap bukan virus sepenuhnya tetapi ia masih mampu menghasilkan sebuah kerosakkan yang besar. Ia sering dimuatkan dalam program yang baru atau sah kerana ia sering digunakan oleh pengguna. Apabile ia dihidupkan ia akan memaparkan mesej, menukar data atau memusnahkan banyak fail.

WORMS - Virus ini juga bukanlah virus yang sepenuhnya kerana ia tidak menjangkiti fail lain tetapi ia mereplikasikan dirinya dengan cepat. Setiap kali ia mengeluarkan salinan.Hasilnya ialah penghasilan banyak worm dalam masa yang pendek dan memakan ruang cakera keras. Ia merebak menerusi rangkaian atau emel dan memenuhi ruang storan rangkaian atau simpanan emel.


Cara Yang Boleh Diambil Untuk Mengesan Virus

Scanners Atau Pengimbas - Scanners sering dirujuk sebagai berasaskan tetanda kerana ia akan mencari tetanda ketara atau jejak virus.Ia akan memeriksa setiap fail berasaskan kepada kod tertentu yang dianggap sebagai virus. Ia akan menyimpan sebuah katalog virus yang besar danuntuk memberikan kesan yang lebih mendalam, Scanners perlu memeriksa pelbagai lokasi seperti sektor boot, memori sistem, partition table dan fail-fail. Malangnya, scanners tidak boleh mengesan virus baru yang tidak dikatalogkan,virus polimorfik dan virus stealth(samaran).

Ongoing Monitoring Atau Pemantauan Berulang - Monitors(pemantau) sering dirujuk sebagai pemintas(interceptors) yang akan beroperasi semasa sistem sedang berjalan.Aturcara ini akan melakukan tugas-tugas seperti pemantauan masa nyata(real time) ke atas cakera dan fail; analisis kegiatan luar dugaan dan pengesanan virus polimorfik dan stealth. Dengan monitors, perisian antivirus sering beroperasi di belakang tabir dan ia pasti akan mengganggu penggunaan atau memperlahankan komputer di samping memakan ruang memori yang banyak.

Intergrity Checkers - Pemeriksa jenis ini sering dirujuk sebagai sistem pengesanan pelbagai tahap (multilevel) atau generic yang sering mengisi ruang yang ditinggalkan oleh pengimbas.Ia membaca cakera dan data rekod di samping memantau fail sama seperti pemantau.Ia akan memeriksa fail-fail untuk mengesan perubahan ciri-cirinya yang disebabkan oleh virus.Selain daripada teknik di atas terdapat juga teknik seperti Checksum Comparison- memeriksa aliran bit fail untuk mengesan perubahan dan Inoculator- memasukkan kod bit kecil ke dalam fail yang hendak diperiksa bagi menentukan fail tersebut mengalami masalah atau tidak.

Tanda Jangkitan Virus

* Perubahan dalam saiz fail.
* Perubahan pada tarikh fail walaupun fail itu tidak diubahsuai.
* Program mengambil masa yang agak lama untuk dijalankan.
* Operasi sistem yang perlahan.
* Pengurangan ruang cakera keras dan memori yang tidak dapat dikesan puncanya.
* Sektor rosak pada disket,mahupun pada storan yg lain
* Paparan mesej kerosakan yang ganjil.
* Aktiviti skrin yang ganjil.
* Aturcara tidak dapat dijalankan.
* Sistem boot gagal semasa sistem bermula atau semasa memboot daripada pemacu .
* Terdapat aktiviti pencapaian cakera keras semasa tiada aktiviti sedang berjalan.

Wednesday 13 July 2011

motherboard...

Apa itu Motherboard ?

Motherboard adalah salah satu komponen penting yang meggerakkan sesebuah sistem komputer, Komponen ini dinamakan Motherboard ( Papan Utama atau Papan Induk ) mempunyai slot-slot bagi meletakkan kad-kad tambahan seperti Network card,Display Card,Modem dan sebagainya.Litar kuprum yang terdapat pada permukaan motherboard disebut sebagai traces. Ia berfungsi membawa isyarat (signals) dan juga voltan (voltage). Berfungsi untuk papan litar menghantar data untuk BIOS, CPU, dan memori sementara lapisan yang lainnya digunakan untuk membawa voltan dan isyarat untuk mengelakkan berlakunya litar pintas di setiap persimpangan laluan. Lapisan penebat direka memudahkan cip dan soket dipateri dan diletakkan pada motherboard.Motherboard keluaran terkini direka dengan kompleks kerana kesemua unit seperti keyboard,usb,display telah dicantumkan kesemua dan dipanggil built-in mottherboard.

Tuesday 12 July 2011

Refleksi ICT 11/07/2011

Hari ini saya telah belajar mengenai kitaran komputer iaitu, input-process-output-storage-commonication.
Selain itu, saya telah belajar bagaimana nak mengetahui kekuatan sesebuah komputer dengan melihat, penyimpanan data, kelajuan bergerak dalam satu masa, ketepatan, komunikasi, dan kestabilan sesebuah komputer.

Thursday 7 July 2011

refleksi ICT 4 Julai 2011 (isnin)

Saya telah belajar mengenai kumpulan-kumpulan dalam pekakasan komputer..iaitu input, storage, processing,output dan peranti komunikasi...